Van Gogh Pelukis Sensasional

Oleh aimdbest
Selasa, 12 Juni 2007 09:39:38 Klik: 7730 Cetak: 91 Kirim-kirim Print version download versi msword

Vincent Van Gogh telah dilahirkan pada 30 Maret 1853, di kampung Groot Zunbert di daerah Brabant Utara, Belanda. Ayahnya, Theodorus, adalah paderi kampung (pastor) pengikut Gereja Insaf Belanda (Dutch Reformed Church) yang kecil. Ibu Van Gogh bernama Anna Cornelia Carbentus. Van Gogh mempunyai dua orang saudara lelaki dan tiga orang saudara perempuan yang bernama Anna, Theo, Cornelius, Elizabeth, and Wilhelmien.

Saat berusia dua belas tahun Van Gogh bersekolah di sekolah yang juga memiliki asrama di kampung Zevenbergen. Tamat dari sana ketika ia berumur 16 tahun. Menggunakan pengaruh pakciknya, Centbegitu ia disapa, telah bekerja di kantor pejabat Goupil dan Cie di Hague. (Goupil merupakan pusat pembaikpulih, khusus dalam menyalin lukisan-lukisan terkenal). Umur 20 tahun, Van Gogh telah bekerja di cawangan Goupil di London, pada bulan May 1873 dengan gaji sebanyak 90 lire setahun. Disana ia menyewa satu bilik di rumah Mrs.Loyer, yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Ursula/Eugenie, dan di situlah bermula hubungan cinta pertamanya bermula. Dia mencintai Ursula, tetapi tidak memberitahunya dan apabila Van Gogh meluahkan perasaan cintanya terhadap Ursula. Van Gogh mendapati bahawa Ursula tidak pernah mencintainya dan ini mematahkan semangatnya.

Pada tahun 1875, pakciknya Cent mengaturkan supaya dia bekerja ke cawangan Paris dengan harapan semangatnya dapat dipulihkan dengan bertukar tempat bekerja. Di sina dia menjadi bertambah loyo dalam bekerja. Setelah diberikan tiga bulan notis, maka berakhirlah latihannya selama enam tahun sebagai seorang peniaga seni. Dia berusia hampir dua puluh tiga tahun, menganggur, dan tidak mempunyai rancangan untuk masa hadapan. Van Gogh membuat keputusan untuk pulang ke England, di mana dia berkerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah asrama. Selepas dia berhenti dari situ, dia mengajar di sebuah sekolah di Isleworth.

Sebagai seorang pemuda, keinginan Vincent Van Gogh yang terkuat ialah untuk membantu sesama manusia. Sebagai anak kepada seorang paderi, dia sudah tentunya memilih jalan keagamaan, dengan itu pada 1878 dia memohon untuk memasuki sekolah theology tetapi ditolak. Dia kemudiannya menjadi paderi tidak terlatih dan Van Gogh berjimat makan dan keperluan hidup agar dapat menyimpan uang untuk di berikan kepada orang miskin. Sekiranya dia berjaya sebagai seorang pendakwah, seperti yang dicubainya selama beberapa tahun, dia mungkin boleh melakar dan melukis sebagai hobi tetapi Van Gogh sudah pastinya tidak akan menjadi seorang artis.

Misi dakwahnya merupakan satu kegagalan. Kegagalannya berpunca daripada usahanya yang keterlaluan. Di usia dua puluh lima tahun, apabila dia pergi berdakyah dikalangan petani dan pelombong arang batu di Borinage, di selatan Belgium, perwatakannya yang penuh semangat dan amalan ajaran Kristian secara bulat-bulat, menyebabkan dia memusuhi pegawai atasannya, dan ini kemungkinannya menakutkan orang yang dibantuinya.

Meskipun dia ingin membantu sesama manusia, dia tidak pandai mengendalikan perhubungan sosial. Oleh itu ketika berumur 20 tujuh tahun, dia memilih untuk menggunakan seni sebagai cara untuk dia meluahkan perasaan. Puncak utama Vincent Van Gogh menjadi sebagai seorang artis ialah dia boleh mencurahkan perasaannya melalui seni. Jika dia boleh tidak meringankan kesengsaraan peladang Belanda (Dutch) yang miskin, sekurang-kurangnya dia boleh menunjukkan simpatinya melalui lakaran dan lukisan. Mungkin juga ini adalah cara Van Gogh mendekati dirinya dengan Tuhan dan dalam suasana sebeginilah kemahiran seninya terbentuk.

Dalam jangka hayatnya yang pendek Van Gogh menulis hampir seribu pucuk surat, selalunya sebanyak beberapa pucuk sehari. Kebanyakannya telah ditujukan kepada saudara lelakinya Theo, mungkin satu-satunya orang yang memahami dirinya. Hanya kepada Theo, Van Gogh dapat menggambarkan gambaran dan perasaan yang membuak-buak di dalam dirinya. Surat-surat itu, yang disimpan oleh isterinya, dianggap luarbiasa ; pengkritik-pengkritik kesusasteraan telah membandingkannya dengan hasil penulisan "Pengakuan" oleh pakar agung Russian Abad ke 19. Tetapi walaupun dia menulis dengan penuh perasaan, Van Gogh kelihatannya merasakan bahawa luahan kata-kata tidak dapat menggantikan luahan melalui lukisan.

Setelah membuat keputusan, ketika berumur duapuluh tujuh tahun, bahawa misinya dalam kehidupan ialah untuk menjadi seorang artis, dia telah membuka "studio" pertamanya di pondok seorang pelombong arang batu Borinage. Dia membayar sewanya dengan sedikit wang yang dihantar oleh ayahnya dan di studio itulah bermula pelajaran secara sendirinya dengan kerja yang mencurah-curah. Dari Paris, Theo menghantar berbungkus-bungkus lukisan untuk Van Gogh salin dan belajar, dan dari pengurus The Hague, cawangan Goupil, yang menghantar buku teks berkenaan perspektif dan anatomi. Theo mencadangkan kepada Van Gogh supaya mengikutinya ke Paris, tetapi Van Gogh merasa keberatan untuk mengembara ke Paris, suatu tempat yang di anggap sebagai pusat seni dunia. Sebaliknya, pada musim panas 1880, dia pergi ke Brussels dan tinggal di hotel termurah dijumpainya. Van Gogh tinggal di Brussels ketika musim sejuk pada tahun 1880-1881, bergelut dengan latihannya dalam lakaran dan sentiasa melapuran perkembangan dirinya kepada Theo.

Pada tahun 1881 Van Gogh balik kerumah keluarganya di Etten di mana dia jatuh cinta kepada sepupunya, Kee Vos seorang janda. Kee Vos menolak cintanya dan berpindah ke Amsterdam dan diikuti oleh Van Gogh tetapi Van Gogh masih tidak di terima oleh Kee Vos.

Pada lewat 1883 dia membuat keputusan untuk sekali lagi cuba untuk tinggal bersama ibubapanya. Ketika ini Van Gogh masih menggunakan warna-warna gelap seperti perang dan hijau gelap. Antara lukisannya ialah Willows. Pada tahun 1886 Van Gogh pergi ke Paris untuk melawat saudaranya dan dia tertarik dengan teknik lukisan di sana. Pemakan Ubi Kentang (Potato Eaters) lazimnya dikatakan "hasil terbaik" Van Gogh yang pertama . Tidak terdapat sebarang rujukan keugamaan dalam kenyataan Van Gogh berkenaan Pemakan Ubi Kentang.

Lapan bulan selepas kematian